00:00Jurucakap Markas Khatam Al-Anbiya, Ibrahim Zulfagari menegaskan Iran akan terus berdiri bersama rakyat Palestine dan mempertahankan perjuangan mereka di
00:09tengah-tengah konflik di Asia Barat.
00:11Tegasnya, isu Palestine sentiasa mendapat tempat istimewa dalam jiwa rakyat Iran dan kekal menjadi antara prinsip yang diperjuangkan sejak kemenangan
00:20revolusi Islam pada 1979.
00:24Mesej itu disampaikan menerusi rakaman video yang dimuat naik di aplikasi X pada Jumaat.
00:29Dengan beliau menegaskan sokongan Tehran terhadap Palestine berteraskan prinsip keadilan, maruah dan solidariti umat Islam.
00:55Zulfagari turut berkata, konflik yang sedang berlaku bukan sekadar melibatkan kepentingan Iran.
00:59Sebaliknya turut berkait rapat dengan nasib umat Islam dan juga rakyat Palestine.
01:04Tambahnya, Palestine bukan sekadar isu yang melibatkan satu bangsa.
01:07Sebaliknya merupakan perjuangan menuntut hak, maruah dan keadilan sejagat.
01:12Beliau turut menegaskan rakyat Palestine tidak bersendirian telah menghadapi cabaran semasa dan akan terus mendapat sokongan dari Iran.
01:19Menurutnya, Tehran akan terus berpegang kepada pendirian tersebut dan kekal bersama rakyat Palestine sehingga hak mereka dikembalikan sejak dirampas tujuh
01:27dekad lalu.
01:28Terima kasih telah menonton!
Comments