Skip to playerSkip to main content
  • 5 hours ago
Operasi memadam kebakaran longgokan sampah berhampiran UIAM Gombak memasuki hari kedua dengan api berjaya dipadamkan 50 peratus setakat petang Jumaat.
Transcript
00:00Operasi memadam kebakaran longgokan sampah berhampiran Villa Bestari dekat Universiti Islam Antarabangsa Malaysia UIM Gombak
00:07memasuki hari kedua dengan api berjaya dipadamkan sebanyak 50% setakat petang Jumaat.
00:13Jabatan Bomber dan Penyelamat Malaysia JBPM Selangor memaklumkan operasi disambung semula pada jam 8.40 pagi dengan bantuan beberapa agensi.
00:24Kebakaran melibatkan longgokan sampah seluas kira-kira 100 kali 100 kaki persegi itu dilaporkan berlaku pada pukul 11 pagi Khamis.
00:32Sepasukan tujuh anggota dari Balai Bomber Selayang bersama sebuah jentera fire rescue tender dan EMRS dikejarkan ke lokasi dan tiba
00:4013 minit kemudian.
00:42Komander Operasi Pegawai Bomber Kanan 1 Suhaimi Samuri berkata kerja-kerja pemadaman dijalankan sebaik tiba tetapi terpaksa ditangguh
00:49pada 6.30 petang Khamis sebelum disambung semula pada Jumaat pagi.
00:53Kerja pemadaman turut dibantu sebuah jengkauh milik Majlis Pemadaran Selayang MPS
00:58selain 6 anggota pasukan Bomber Sekorela Gombak, 4 petugas MPS serta 2 pegawai pejabat kesehatan.
01:04Tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian itu.
Comments

Recommended