Skip to playerSkip to main content
  • 5 hours ago
Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun mengakui beliau terkejut apabila Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan tidak diadakan serentak dengan johor seperti yang dijangkakan sebelum ini.
Transcript
00:00Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun mengakui beliau terkejut apabila pilihan rakyat negeri negeri sembilan tidak diadakan serentak
00:08dengan Johor seperti yang dijangkakan sebelum ini.
00:11Bagaimanapun beliau percaya terdapat hikmah di sebalik keputusan itu dan yakin ia mampu memberi kelebihan kepada Pakatan Harapan dalam mengatur
00:19gerak kerja kempen menjelang hari pengundian pada 1 Ogos depan.
00:23Pada masa sama Aminuddin menyeru rakyat negeri sembilan supaya menggunakan PRN kali ini untuk memberi hukuman kepada pihak yang didakwa
00:33mengkhianati mandat rakyat sehingga membawa kepada pembubaran Dewan Undangan Negeri.
00:38Menurut beliau, kerajaan negeri ketika ini sedang melaksanakan pelbagai agenda pembangunan namun terpaksa menghentikan seketika perancangan tersebut bagi mendapatkan semula
00:49mandat rakyat menerusi pilihan raya.
00:51Katanya tindakan yang berlaku itu sukar diterima kerana ia tercetus ketika pentadbiran negeri berada dalam keadaan stabil dan sedang memacu
01:01pembangunan ekonomi serta kebajikan rakyat.
01:04Ketika kita sedang bersungguh-sungguh untuk pastikan negeri kita ini dapat kita bangunkan dengan lebih cepat lagi.
01:16Ketika kita sedang laju, kita terpaksa berhenti sebentar mencari sokongan daripada rakyat, menyerahkan semula mandat rakyat, mencari semula formula yang
01:30tepat untuk kita takbir negeri ini.
01:33Tuan-tuan semua tahu, tuan-tuan semua lihat 12 muka surat yang tuan-tuan baca menunjukkan kepada kita pengkhianatan yang
01:45cukup hebat ini.
01:47Rakyat Negeri Sembilan saya yakin tidak mampu menerima apa yang berlaku ini untuk diteruskan.
01:55Kerana itu hari ini kita serahkan dan pada hari ini juga kita tahu tarikh pilihan raya kita, betul tak?
02:03Kita akan menghadapi pilihan raya pada 1 Ogos.
02:07Dan ketika itulah, saya minta sungguh-sungguh kepada seluruh rakyat Negeri Sembilan memikirkan siapakah yang patut mereka pilih.
02:18Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran jentera pilihan raya Pakatan Harapan Negeri Sembilan di Seremban pada Jumat malam.
02:28Dalam ucapannya, Aminuddin turut mengingatkan seluruh jentera parti supaya mengetepikan sebarang perbezaan dan memberikan sokongan penuh kepada calon yang bakal
02:39diumumkan kepimpinan parti.
02:40Beliau menegaskan, tiada ruang untuk tindakan mensabotaj atau tidak menyokong calon yang dipilih kerana ia hanya akan merugikan parti dalam
02:51usaha mempertahankan pentadbiran negeri.
02:53Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended