00:00Lebih banyak syarikat perlu memanfaatkan teknologi 5G bagi meningkatkan produktiviti, inovasi dan daya saing dalam usaha memperkukuh ekonomi digital negara.
00:11Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu turut dibincangkan sewaktu menerima kunjungan hormat delegasi Ericsson yang diketuai Presiden
00:19dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Broheil Elkham, di Putrajaya pada Jumaat.
00:25Pertemuan dengan delegasi syarikat telekomunikasi terkemuka Sweden itu turut memberi ruang bagi membincangkan perkembangan teknologi digital, peluasan penggunaan 5G, serta
00:35potensi kerjasama yang lebih erat bagi memperkukuh ekonomi.
00:39Ia juga bagi membangunkan rangkaian telekomunikasi yang lebih hijau dan mampan selari dengan aspirasi pelepasan sifar bersih negara.
00:46Anwar turut menghargai keyakinan Ericsson terhadap Malaysia, khususnya pengiktirafan syarikat itu terhadap kemajuan negara dalam membangunkan infrastruktur digital yang kukuh,
00:57termasuk rangkaian 5G, pusat data serta usaha memperkukuh keselamatan dan kedaulatan digital.
01:03Pada masa sama, Anwar menyebut baik komitmen Ericsson dalam membangunkan bakat tempatan menerusi program latihan, pemindahan teknologi serta kerjasama dengan
01:11universiti dan institusi pendidikan tempatan.
01:13Perdana Menteri berkata usaha itu penting bagi melahirkan tenaga mahir yang bersedia mendepani tuntutan ekonomi masa hadapan.
01:22Beliau juga menyifatkan kerjasama berterusan antara kedua-dua pihak itu berpotensi membuka lebih banyak peluang untuk memacu pertumbuhan ekonomi digital
01:30serta kemakmuran Malaysia.
Comments