Skip to playerSkip to main content
  • 5 hours ago
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan sokongan terbuka agar Datuk Seri Aminuddin Harun terus memimpin Negeri Sembilan sebagai Menteri Besar jika Pakatan Harapan diberi mandat dalam PRN 1 Ogos ini.
Transcript
00:00Perdana Menteri Dato' Sri Anwar Ibrahim secara terbuka menyatakan sokongan agar Dato' Sri Aminuddin Harun terus memimpin Negeri Sembilan sebagai
00:09Menteri Besar jika Pakatan Harapan kembali diberi mandat pada pilihan raya negeri pada Ogos depan.
00:15Menurut Presiden Pinsir itu, kesinambungan kepimpinan Aminuddin penting bagi memastikan pembangunan dalam agenda kebajikan rakyat di negeri itu dapat diteruskan.
00:26Anwar berkata rakyat negeri Sembilan perlu memberikan mandat baru kepada Kerajaan Perpaduan bagi menjamin kestabilan politik serta hubungan erat antara
00:35Kerajaan Negeri dan Persekutuan.
00:37Katanya Kerajaan Persekutuan Komitet meneruskan pelbagai projek pembangunan dan bantuan kepada rakyat sekiranya pentadbiran sedia ada dikekalkan.
00:53Sekarang saya minta mandat kepada Kerajaan Harapan Negeri Sembilan.
01:02Bagi mandat ini, Tok Min ditabalkan sebagai Menteri Besar yang sah, insyaAllah masa depan Negeri Sembilan lebih terjamin.
01:19Saya sebut masa depan Negeri Sembilan bukan saya anggap golongan-golongan yang maha kaya, bukan saya peduli tentang pelaburan sahaja.
01:29Masa depan Negeri Sembilan ini masa depan pekerja, masa depan pekebun kecil, masa depan penjaja dan perniaga.
01:37Beliau berkata demikian ketika berucap pada Madlis Pelancaran Jantra Pilihan Raya Pakatan Harapan Negeri Sembilan di Seremban.
01:45Dalam pada itu, Anwar turut menegaskan tumpuan kerajaan bukan sekadar menarik pelaburan,
01:50tetapi memastikan manfaat pembangunan dapat dirasai golongan pekerja, petani, nelayan, peniaga kecil serta rakyat berpendapatan rendah.
01:59Beliau turut menyeru pengundi supaya memilih kestabilan politik bagi memastikan agenda pembangunan negeri dapat diteruskan tanpa gangguan.
02:07Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended