Skip to playerSkip to main content
Ketua Penerangan PKR, Datuk Fahmi Fadzil kesal peletakan jawatan Lee Chean Chung sebagai Ahli MPP. Katanya, MP Petaling Jaya itu sudah lama tidak hadir Mesyuarat MPP selain perlu memberi penjelasan kepada pengundi dalam kalangan anggota parti susulan keputusannya itu. #AWANInews
Transcript
00:00Saya membaca kenyataan beliau, saya kenal saudara Cian Chung sejak sekian lama dalam nukilan beliau yang telah dimuat naik dalam
00:11akaun media sosial.
00:14Saya mengenali beliau sewaktu beliau berkhidmat sebagai pegawai penyelidik dan saya kenal beliau sejak zaman itu.
00:23Saya mengikuti perjalanan parti sejak tahun beliau berkhidmat di Parlimen sebagai pegawai penyelidik dan hingga ke hari ini saya lihat
00:38dari segi landasan parti, perjuangan, saya lihat tidak ada perubahan yang ketara.
00:50Beliau telah dipilih oleh anggota dalam pemilihan parti pada tahun 2025. Saya cuma kesal beliau tidak bersama untuk menyampaikan mungkin
01:05pandangan.
01:07Dan saya bagi contoh dalam MPP, Majlis Pimpinan Pusat Bagi Keadilan, ada ramai pimpinan yang seringkali tidak mempunyai pandangan yang
01:17sama.
01:17Salah seorang sahabat lama, sahabat karib saya, saudari Elizabeth Wong.
01:23Dan beliau seringkali dalam mesyuarat-mesyuarat MPP menyatakan pandangan yang jauh berbeza daripada pandangan Dato' Sri Presiden ataupun yang lain.
01:34Tapi platform itulah yang beliau gunakan untuk pastikan bagi beliau parti kekal di landasan yang betul.
01:42Dan sepatutnya Cian Cung lakukan perkara yang sama.
01:45Tapi beliau dah lama tak hadir mesyuarat MPP.
01:51Elizabeth Wong pada satu ketika daripada sokol kumpulan yang berbeza tapi dia tetap datang.
01:57Dan dia tetap memegang pada prinsip untuk menyatakan pendirian.
02:02Jadi saya kesalah dengan tindakan sebab ramai orang yang undi saudara Cian Cung, dia kena jelaskan kepada pengundi-pengundi dia
02:11dari kalangan anggota parti.
02:14Baik.
02:19Nak minta komen sikitlah berkenaan dengan dakwaan dia menerima tekanan daripada parti termasuk sekatan akses MyCAS tu.
02:28Dalam apa-apa perkara boleh datang berbincanglah.
02:35Tak menjadi isu.
02:37Malah saya boleh nyatakan saudara Cian Cung ada berhubung dengan saya tapi tak ada bangkitkan isu ni.
02:43Saya boleh tunjukkan WhatsApp beliau kepada saya untuk memaklumkan tentang beberapa perkara boleh tak jumpa.
02:51Tak ada masalah.
02:53Jadi nak seribu daya.
02:55Tak nak seribu dalih.
Comments

Recommended