00:00Ahli Parlimen Petaling Jaya Lee Chan Chung mengumumkan peletakan jawatannya sebagai ahli Majlis Pimpinan Pusat MPP Parti Keadilan Rakyat PKR
00:10berkuat-kuasa serta-merta selepas 18 tahun bersama parti itu dan 8 tahun memegang jawatan di peringkat pusat.
00:17Bagaimanapun beliau menegaskan akan kekal sebagai ahli PKR serta terus menjalankan tanggungjawab sebagai ahli parlimen sehingga parlimen terbubarkan.
00:27Dalam satu kenyataan pada Jumaat, Chan Chung berkata keputusan itu dibuat selepas beliau hilang keyakinan terhadap kepimpinan parti yang dakwanya
00:35gagal tampil membetulkan kesilapan serta memberikan penjelasan berhubung beberapa isu yang dibangkitkannya.
00:40Antara perkara yang mencetuskan kekecewaannya ialah pembatalan akses sistem MyHouse bagi kawasan Parlimen Petaling Jaya pada 29 Mei lalu yang
00:48menurutnya menjejaskan urusan peruntukan kawasan dan pelaksanaan program Mesra Rakyat.
00:52Sehingga kini katanya beliau masih belum menerima penjelasan rasmi daripada PKR mengenai perkara tersebut selain kenyataan seorang timbalan seitu seagung
01:00yang menyifatkan situasi itu sebagai akibat daripada pilihan politik.
01:04Menggulah salah tuju selepas peletakan jawatan itu, Chan Chung menegaskan beliau akan terus menjalankan peranan sebagai ahli Parlimen dan ahli
01:11biasa PKR.
01:12Jelas beliau fokusnya kini adalah untuk memastikan beberapa agenda reformasi utama dapat diteruskan termasuk cadangan menghadkan tempoh jawatan Perdana Menteri,
01:21pemisahan kuasa pendakwa raya dan penggubalan akta kebebasan maklumat.
01:24Chan Chung berkata PKR hari ini bukan lagi PKR yang beliau kenali dahulu dan beliau sendiri sudah tidak mampu lagi
01:31untuk terus berada dalam kepimpinan dan bekerjasama dengan mereka.
Comments