Skip to playerSkip to main content
  • 1 day ago
Samsuri Mokhtar tegaskan PAS kekal dalam PN meskipun hentikan kerjasama dengan Bersatu, sambil menolak spekulasi perpecahan gabungan pembangkang.
Transcript
00:00Pengurusi Perikatan Nasional, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mukhtar menolak gesaan supaya PAS keluar daripada gabungan itu, sesuai keputusan menghentikan kerjasama
00:08politik dengan parti bersatu.
00:11Naik Presiden PAS yang juga Menteri Besar Terengganu itu menegaskan PN bukan milik mana-mana parti secara mutlak, sebaliknya ia
00:18ditubuhkan atas semangat muafakat parti pengasas.
00:23Sebagai pengurusi PN, beliau menegaskan gabungan itu akan terus diurus secara tertib, berprinsip dan bertanggungjawab demi kepentingan rakyat serta negara.
00:33Dalam pada itu, beliau mengingatkan PAS merupakan antara parti pengasas PN dan sebarang tafsiran mengenai kedudukan gabungan itu tidak boleh
00:41dibuat secara sepihak.
00:43Sebaliknya perkara berkaitan hala tujuh PN perlu dirujuk kepada perlembagaan dan diputuskan melalui saluran rasmi gabungan.
00:50Dalam masa sama, beliau menegaskan perbezaan pandangan antara parti perlu ditangani secara matang berasaskan prinsip musyawarah.
00:57Kenyataan itu, susulan perkembangan terkini melibatkan hubungan PAS dan bersatu selepas laporan bahawa PAS menghentikan kerjasama politik.
01:05Namun, PN dijangka terus berdepan perhatian susulan dinamika dan laman gabungan itu, terutamanya dalam menghadapi beberapa siri pilihan raya negeri
01:13yang akan datang termasuk Johor dan Negeri Sembilan.
Comments

Recommended