Skip to playerSkip to main content
  • 1 day ago
Penyusutan nilai rupiah memberi tekanan kepada pengeluar Malaysia serta menjejaskan permintaan pasaran Indonesia, sekali gus memberi impak kepada syarikat tempatan.
Transcript
00:00Indonesia kekal sebagai antara rakan dagang terbesar Malaysia di ASEAN khususnya dalam perdagangan komuniti seperti minyak sawit.
00:08Namun penyusutan nilai rupiah berbanding dolar AS memberi tekanan baru kepada pengeluar Malaysia.
00:15Pengarah bersekutu negara Singapura Dizan Shira & Associates David Stafford berkata,
00:20rupiah yang lebih lemah menjadikan ekspor Indonesia lebih murah dalam didominasi dolar sekaligus meningkatkan daya saing produk negara itu di
00:29pasaran global.
00:30Perkembangan ini memberikan tekanan harga kepada pengeluar Malaysia khususnya dalam sektor komoditi yang bersaing secara langsung.
00:56Dalam masa sama, David berkata kelemahan matawang Republik itu turut menjejaskan kuasa beli domestik Indonesia.
01:03Ini bermaksud syarikat Malaysia yang bergantung kepada pasaran pengguna di negara tersebut merangkumi sektor makanan, automotif hingga perkhidmatan berdepan risiko
01:12permintaan yang lebih perlahan.
01:14Selain itu, beberapa kumpulan besar Malaysia mempunyai operasi ketara di Indonesia, terutama dalam sektor perbankan dan telekomunikasi.
01:21Dalam keadaan rupiah menyusut, pendapatan yang dijana di pasaran tersebut menjadi lebih rendah apabila ditukar semula kepada ringgit,
01:29sekaligus memberi kesan kepada prestasi kewangan keseluruhan syarikat yang terlibat.
Comments

Recommended