Skip to playerSkip to main content
  • 1 day ago
Kenaikan harga bahan binaan dan kelewatan projek memberi tekanan kepada harga hartanah, sekali gus menjejaskan kemampuan pengguna serta meningkatkan risiko kepada pembayar cukai.
Transcript
00:00Kenaikan harga bahan binaan kini mula dirasai pengguna apabila kos pembinaan yang tinggi mendorong harga hartanah meningkat sekaligus menjejaskan kemampuan
00:10memiliki rumah.
00:11Dalam masa sama, tekanan kos dan kelewatan projek berisiko memberi kesan lebih besar kepada industri serta pembayar cukai.
00:19Setiausaha Agong Persatuan Konstraktor Bumi Putera Malaysia, Ahmad Zaharan Yusuf Omar berkata, terdapat 855 projek yang sedang dalam pembinaan dan
00:28berada dalam fasa kelewatan yang berpotensi memberi kerugian kepada pembayar cukai.
00:33Sekarang ini di pihak kerajaan ada lebih kurang 855 projek yang sedang berlangsung dan kebanyakan projeknya sekarang ini dalam fasa
00:42yang akan lewat.
00:44Nah apabila ini terjadi, kelewatan di tapak binaan, kerugian akan berlaku kepada pihak pelaksana dan juga yang paling ketara ia
00:52tidak dapat digunakan kepada keseluruhannya kepada rakyat.
00:57Contohnya kalau projek infra seperti jalan, sekolah dan sebagainya, ia tidak dapat disiapkan pada waktu yang ditetapkan maka ia tidak
01:04dapat digunakan.
01:05Jadi ia menjadikan kerugian yang besar kepada taxpayer kita.
01:08Sehubungan itu, perhatian lebih serius daripada pihak kerajaan dilihat perlu bagi memastikan keseimbangan antara kos pembinaan dan akses kepada perumahan
01:17kekal terjamin.
01:18Antara cadangan yang diketengahkan adalah pendekatan perkongsian beban kos melibatkan semua pihak dalam rantaian industri.
01:26Pendekatan ini menekankan konsep pengagihan kos secara bersama, sekaligus peningkatan kos tidak ditanggung oleh satu pihak sahaja.
01:33Sebaliknya ia diagihkan antara kerajaan, pembekal bahan binaan serta kontraktor pelaksana bagi memastikan kelangsungan projek tanpa menjejaskan kemampuan pengguna.
Comments

Recommended