Skip to playerSkip to main content
  • 2 minutes ago
Ratusan penduduk di La Paz dan El Alto mengadakan demonstrasi mendesak kerajaan mengisytiharkan darurat selepas sekatan jalan raya berlarutan lebih 40 hari. Gangguan bekalan makanan, ubat-ubatan dan bahan api mencetuskan tekanan hidup serta meningkatkan ketegangan politik di Bolivia.
Transcript
00:00Seterusnya, ratusan penduduk di La Paz dan El Alto di Bolivia mengadakan demonstrasi untuk mendesak kerajaan mengistiharkan darurat susulan sekatan
00:10jalan raya yang telah berlarutan lebih 40 hari.
00:13Menurut peserta demonstrasi, sekatan tersebut telah mengganggu bekalan makanan, ubat-ubatan serta bahan api di kawasan perkenaan.
00:20Sekaligus memperlihatkan kelemahan Presiden yang baru dilantik, Rodrigo Paz.
00:26Protes tersebut dianjurkan susulan seruan jatuh kuasa Civic Pro La Paz bersama beberapa kumpulan masyarakat lain dan turut disertai himpunan
00:34serupa di bandar-bandar utama lain di Bolivia.
00:37Jelas penduduk sekatan jalan raya itu telah menyebabkan kenaikan mendadak harga barangan keperluan asas selain menjelaskan sistem pengangkutan dan kehidupan
00:45harian di wilayah menempatkan hampir 2 juta penduduk.
00:49Sekatan itu berlaku susulan demonstrasi kesihatan pekerja yang menuntut perletakan jawatan Presiden Paz selain mendesak pembatalan dasar penjimatan ekonomi yang
00:58diperkenalkan kerajaan.
01:00Menurut laporan agensi antarabangsa, kerajaan Bolivia menganggarkan kerugian ekonomi akibat sekatan tersebut telah melebihi 600 juta dolar Amerika.
01:09Dalam pada itu, Dewan Perundangan Bolivia meluluskan undang-undang yang bolehkan Presiden mengisiharkan darurat sekaligus memberi kuasa kepada pihak polis
01:18dan tentera untuk membuka semula laluan utama serta memulihkan rantaian bekalan.
01:23Namun langkah tersebut dijangka berpotensi meningkatkan lagi ketegangan di negara yang mempunyai sejarah panjang konflik sosial itu.
01:31Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended