Skip to playerSkip to main content
  • 9 hours ago
Singapura akan mengambil alih jawatan Pengerusi ASEAN daripada Filipina pada 2027.
Transcript
00:00Singapura akan memberi tumpuan kepada usaha memperdalam integrasi serantau dan memperkukuh kerjasama dengan rakan luar bagi mengharungi cabaran global apabila
00:09mengambil alih jawatan pengurusi ASEAN pada tahun 2027.
00:14Perdana Menterinya Lawrence Wong berkata kedua-dua perkara itu akan menjadi keutamaan Singapura dalam menerajui blok serantau itu.
00:22Langkah itu sejajar dengan aspirasi pemimpin ASEAN untuk memperkukuh perpaduan dalam menghadapi persekitaran global yang semakin mencabar.
00:30Wong berkata ASEAN akan terus memperkukuh kerjasama dengan rakan-rakan strateginya.
00:34ASEAN juga sentiasa mahukan sebuah rantau terbuka dan inklusif yang melibatkan semua rakan utama sama ada Amerika Syarikat, China, kuasa
00:43besar lain seperti Eropah atau kumpulan yang sedang meningkat pengaruhnya seperti majlis kerjasama telur.
00:50Menurut Wong, ASEAN berharap dapat meningkatkan kerjasama dengan semua rakan kongsi utama.
00:55Pada masa sama, menyatukan mereka di rantau ini bagi memaksimumkan peluang bagi mengekalkan kestabilan dan kemakmuran.
01:01Mengenai integrasi serantau, ujarnya ASEAN telah mencapai kemajuan memberangsangkan dalam bidang perdagangan dan pelaburan.
01:09Bagaimanapun, ia masih berusaha meningkatkan kesaling hubungan yang lebih lancar antara ekonomi anggota.
01:16Singapura akan mengambil alih jawatan pengurusi ASEAN daripada Filipina pada 2027.
01:20Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended