00:00Dua pegawai kanan tentera Iran terbunuh dalam serangan Israel ke atas Iran pada Isnin.
00:06Menurut agensi Anadolu, upacara pengebumian Bahman Hosseini dan Ali Reza Abiri akan diadakan lewat Selasa.
00:17Tambah laporan yang memetik badan penyiaran rasmi Iran IRIB,
00:21kedua-duanya terbunuh ketika menjalankan misi mempertahankan ruang udara negara.
00:25Ketegangan memuncak pada ahad apabila Israel mengebom Beirut yang juga ibu negara Lubnan
00:31walaupun gencatan senjata masih berkuat kuasa.
00:34Tindakan rejim itu mendorong Iran melancarkan peluru berpandu ke utara Israel sebagai tindak balas
00:39dengan Israel kemudian membalas menerusi beberapa gelombang serangan udara terhadap Iran.
00:46Ketegangan berterusan hingga Isnin, namun tentera Iran kemudian memaklumkan
00:51yang menghentikan serangan terhadap Israel sambil memberi amaran
00:55akan melancarkan tindak balas yang dahsyat sekiranya serangan Israel ke atas Lubnan diteruskan.
Comments