Skip to playerSkip to main content
  • 5 hours ago
Kapten Batik memperkenalkan koleksi kolaborasi rentas sempadan pertamanya bersama permainan video klasik, Tetris, meraikan nostalgia permainan ikonik yang pernah menjadi sebahagian daripada zaman kanak-kanak generasi milenial.
Transcript
00:00Kapten Batik memperkenalkan koleksi kolaborasi rentas sempadan pertamanya bersama permainan video klasik Tetris yang menggabungkan elemen nostalgia permainan ikonik itu
00:12dengan seni rekaan batik kontemporari.
00:15Pengurus Perkhidmatan Kreatif Kapten Batik Syazwan Ashraf berkata kolaborasi tersebut merupakan penghargaan kepada generasi milenial yang membesar dengan permainan Tetris
00:28pada awal 1990-an.
00:37Melalui kolaborasi ini sebanyak sembilan rekaan unik dihasilkan menerusi koleksi khas Kapten Batik iaitu Nusantara yang menggunakan cetakan tanpa hat,
00:48Masterpiece yang menerapkan teknik cap tembaga dan Maharaja yang dihasilkan menggunakan blok kayu dengan pelbagai variasi warna batik.
01:00Selain kemeja, koleksi ini turut merangkumi pelbagai produk sokongan yang direka khas seperti kemeja tea, tumbler, beg toot, lanyard dan
01:10beg sandang.
01:13Berbekalkan pemahaman mendalam terhadap seni kraft batik tempatan,
01:17pereka tekstil milenial Kapten Batik Syahirah dan Sotiana menerjemahkan elemen permainan tersebut kepada motif contemporary yang mencabar batas inspirasi konvensional
01:28serta membuka ruang baharu dalam reka bentuk batik melalui pendekatan yang lebih santai dan kreatif.
01:36So apa yang mencetuskan idea untuk kami berkolaborasi dengan Tetris ni ialah kami ingin orang kata macam tribute to all
01:44the millennials
01:45sebabkan of course sekarang ni banyak modern game semua tapi Tetris ni ialah satu-satu permainan yang klasik
01:51yang most of the people especially macam umur-umur saya yang working adult kami memang begitu apa orang kata rapat
01:58lah dengan masa Tetris tu ada.
02:00So bila Kapten Batik decided untuk kolaborasi orang kata cross collaboration dengan Tetris ni
02:04kami memang dah fikir memang banyak possibility yang kami boleh buat in terms of design and also merchandise.
02:11Koleksi terhad Kapten Batik Tetris ini akan berada di pasaran secara eksklusif di semua butik dan dalam talian sehingga akhir
02:19Disember 2026.
02:21Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended