00:00Penganjuran Piala Dunia FIFA di Amerika Syarikat bakal menarik jutaan pelancong dari seluruh dunia.
00:06Namun, di sebalik kemeriahan acara sukan terbesar itu, isu gelandangan yang berlarutan di negara tersebut dijangka menjadi perhatian pengunjung.
00:16Data Persekutuan menunjukkan hampir 750,000 individu tidak mempunyai tempat tinggal di Amerika Syarikat dengan hampir satu per tiga daripadanya
00:26hidup di jalanan.
00:30Ketua Pegawai Ezeketif Pallet Shelter, Amy King, menyifatkan krisis gelandangan sebagai masalah serius yang memerlukan tindakan segera.
00:50Datuk Bandar Seattle, Katie Wilson, sebelum ini menyasarkan pembinaan 500 unit pelindungan baharu menjelang Piala Dunia.
00:58Meskipun sasaran itu tidak tercapai sepenuhnya, sebuah pusat pelindungan baharu berkapasiti 75 orang kini dibuka berhampiran kawasan stadium.
01:09Dalam pada itu, pakar gelandangan dari Universiti Washington, Greg Colburn berkata,
01:13individu yang hidup di jalanan hanya sebahagian daripada gambaran sebenar krisis tersebut.
01:19Isu gelandangan kini menjadi antara cabaran sosial yang terus menghantui Amerika Syarikat,
01:25meskipun negara itu bersiap sedia menyambut kehadiran Piala Dunia FIFA.
Comments