Skip to playerSkip to main content
  • 5 hours ago
Ahli blok majoriti baharu Senat Filipina pada Selasa (9 Jun) berikrar menyumbangkan gaji sebulan bagi menyokong usaha bantuan dan pemulihan di komuniti yang terjejas akibat gempa bumi bermagnitud 7.8 yang melanda beberapa kawasan di Mindanao.
Transcript
00:00Ahli Blok Majority Baharu Senat Filipina pada Selasa berikra menyumbangkan gaji sebulan bagi menyokong usaha bantuan dan pemulihan
00:07di komuniti yang terjejas akibat gempa bumi bermagnitude 7.8 yang melanda beberapa kawasan di Mindanao.
00:15Dalam kenyataan bersama, kumpulan itu turut menggeserakan mereka dalam blok minoriti supaya menyertai inisiatif berkenaan.
00:26Mereka menyifatkan bencana itu sebagai peluang untuk senat menunjukkan perpaduan meskipun berdepan perbezaan politik.
00:33Blok itu berkata sumbangan tersebut bertujuan membantu keluarga yang berdepan cabaran segera, melibatkan operasi mencari dan menyelamat, bantuan kecemasan, pembinaan
00:43semula dan pemulihan susulan gempa itu.
00:45Para senat berkata bantuan itu perlu disalukan kepada keperluan mendesak yang dikenalpasti komuniti tempatan dan petugas tindak balas.
00:54Ini termasuk makanan, air bersih, ubat-ubatan, tempat pelindungan sementara dan bantuan penting lain sementara penilaian kerosakan diteruskan.
01:05Rakyat Filipina yang berkemampuan turut digeser supaya menghulurkan bantuan menerusi sumbangan kerja sukarela atau doa.
Comments

Recommended