00:00Semua kawasan di sepanjang enam palung aktif di Filipina berisiko mengalami gempa bumi sehingga bermagnitud 8.2, lapor agensi berita
00:09Filipina PNA.
00:11Perkara itu dimaklumkan Ketua Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina, Pilvox, pada selasa.
00:20Palung berkenaan ialah palung Filipina terletak dari Timur Luzon hingga Tenggara Mindanao, Jurang Timur Luzon, Palung Manila, Palung Negros, Palung
00:31Sulu dan Palung Kota Batu.
00:33Gempa bumi luar pesisir Sarangani bermagnitud 7.8 mengegarkan beberapa kawasan di Mindanao pada Isnin lepas dan berpunca daripada Palung
00:43Kota Batu.
00:44PIVOX sahkan gempa itu setakat ini merupakan yang paling kuat melanda Filipina tahun ini.
00:51Bagaimanapun gempa bumi paling kuat yang pernah direkodkan di negara itu masih gempa bermagnitud 8.1 di Mindanao pada 17
01:00Ogos 1976.
01:04Beliau berkata mana-mana kawasan yang terletak di sepanjang palung aktif berpotensi mengalami gempa bumi yang sangat kuat.
01:11Memandangkan gempa bumi boleh berlaku tanpa amaran, komuniti pesisir pantai dinasihat supaya segera berpindah ke kawasan lebih tinggi apabila gegaran
01:21kuat.
Comments