Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Menurut laporan media tempatan, persekutuan berkenaan mula menjual tiket menerusi laman sesawang rasminya bagi perlawanan Iran menentang New Zealand, Belgium dan Mesir selepas menerima kuota yang diperuntukkan.

Bagaimanapun, persekutuan itu menjelaskan kuota berkenaan kemudiannya ditarik balik, sekali gus menjadikannya mustahil untuk menyediakan walaupun satu tiket kepada penyokong pasukan kebangsaan melalui saluran rasmi dalam keadaan semasa.
Buletin AWANI
Transcript
00:00Persekutuan Bolesepak Republik Islam Iran mendakwa Amerika Syarikat membatalkan kuota tiket yang diperuntukkan kepada penyokong Iran bagi Piala Dunia 2026.
00:10Lapor mida tempatan tindakan itu menyebabkan persekutuan itu tidak dapat mengagihkan tiket menerusi sistem rasminya.
00:20Persekutuan itu pada selasa maklumkan peraturan FIFA dan prosedur standar memperuntukkan 8% kapasiti tiket bagi setiap perlawanan kepada persekutuan
00:29yang mengambil bahagian dalam Piala Dunia.
00:32Sistem itu membolehkan penyokong setiap negara membeli tiket melalui mekanisme rasmi yang diselaraskan dengan persekutuan kebangsaan masing-masing.
00:41Menurut laporan itu, persekutuan berkenaan mula menjual tiket menerusi laman sesawang rasminya bagi perlawanan Iran menentang New Zealand, Belgium dan
00:50Mesir selepas menerima kuota diperuntukkan.
00:54Bagaimanapun persekutuan itu menjelaskan kuota berkenaan kemudiannya ditarik balik sekaligus menjadikannya mustahil untuk menyediakan walaupun satu tiket kepada penyokong pasukan
01:06kebangsaan melalui saluran rasmi dalam keadaan semasa.
01:09Ramai penyokong bola sepak Iran dilaporkan membuat perancangan untuk menghadiri kejohanan itu berdasarkan proses rasmi diumumkan sebelum ini.
01:18Persekutuan bola sepak Republik Islam Iran menegaskan penyokongnya sekian lama menjadi antara sumber sokongan terpenting kepada pasukan kebangsaan dalam pertandingan
01:27antarabangsa sambil menghormati peraturan dan prinsip profesional.
01:32Persekutuan itu turut menggesa FIFA dan penganjur kejohanan memastikan prinsip berkecuali, keadilan serta pematuhan kepada peraturan yang diluluskan dengan membolehkan
01:44penyokong Iran menggunakan hak sah mereka.
01:47Ia turut menegaskan isu di luar bola sepak tidak seharusnya menjejaskan Piala Dunia.
01:53Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended