Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Jabatan bomba berkata saksi melaporkan kerja-kerja kimpalan sedang dijalankan pada sebuah bot sebelum kejadian itu.
Transcript
00:00Sekurang-kurangnya 35 bot nelayan musnah, manakala dua orang cedera dalam kebakaran di sebuah pelabuhan utama di pantai Pasifik, Ecuador.
00:09Insiden itu disahkan agensi pengurusan risiko negara itu pada Sabtu.
00:16Punca kebakaran di pelabuhan Manta di wilayah Manabi belum dapat dipastikan.
00:21Jabatan Bumba berkata saksi melaporkan kerja-kerja kimpalan sedang dijalankan pada sebuah bot sebelum kejadian itu.
00:27Menurut pihak berkuasa, maklumat awal menunjukkan sekurang-kurangnya 35 bot terbakar di kawasan tambatan pelabuhan berkenaan.
00:35Bot-bot itu terdiri daripada bot nelayan kecil dan sederhana yang diperbuat daripada bahan mudah terbakar seperti gentian kaca.
00:42Sekretariat Nasional bagi pengurusan risiko memaklumkan kebakaran itu berjaya dikawal.
00:48Siasatan kini sedang dijalankan.
Comments

Recommended