00:00Kebakaran yang memusnahkan kira-kira 80% pejabat MCA di Yongpeng pada Sabtu bukan sahaja mengakibatkan kerugian harta benda, malah
00:10menjejaskan persiapan parti itu bagi menghadapi pilihan raya negeri Johor akan datang.
00:15Memetik bernama Ketua Pemuda MCA, Ling Tian Sun berkata, pihaknya kini mempertimbangkan untuk mencari lokasi sementara bagi meneruskan operasi dan
00:24persiapan pilihan raya selepas siasatan oleh pihak pomba selesai dijalankan.
00:31Katanya insiden akan memberi kesan kepada pihak MCA kerana bangunan itu telah lama menjadi bilik gerakan parti.
00:38Tian Sun yang juga penyandang kerusi Ahli Dewan Undangan Negeri Adun Yongpeng berkata, selain memusnahkan sistem siaraya atau PA, pendingin
00:46hawa yang baru dipasang, kerusi dan meja, kebakaran itu turut menyebabkan pelbagai dokumen serta peralatan yang digunakan untuk aktiviti komuniti
00:55musnah.
00:55Beliau berkata tragedi yang menimpa bangunan berusia lebih 70 tahun itu turut dirasai masyarakat Tionghoa di kawasan berkenaan yang menganggapnya
01:05sebagai mercu tanda serta pusat aktiviti komuniti setempat.
01:08Katanya pihak MCA akan membuat perancangan pada masa akan datang supaya ia kekal menjadi pusat aktiviti untuk masyarakat dan keluarga
01:15di sana.
01:16Ujau Tian Sun lagi, walaupun api merebak di bahagian atas, keseluruhan bahagian dalam bangunan sudah tidak boleh digunakan dan semua
01:24aktiviti terpaksa dihentikan buat sementara waktu.
01:27Bomber menerima panggilan berhubung kebakaran itu pada jam 8.28 malam sebelum pemadaman sepenuhnya selesai pada jam 9.56 malam.
Comments