Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Pakatan Harapan (PH) menegaskan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor perlu memberi tumpuan kepada agenda kebajikan dan kesejahteraan rakyat, selain menjadi medan menentukan hala tuju masa depan negeri tersebut.
Transcript
00:00Pilihan raya negeri PRN Johor bukan sekadar medan persaingan politik, sebaliknya platform penting untuk menentukan hala tuju, masa depan negeri
00:09itu, serta kesejahteraan rakyat.
00:14Pengarah Komunikasi PH, Datuk Fahmi Fadil berkata, mesej itu jelas dizahirkan menerusi pelancaran Jentera Pakatan Harapan bagi PRN Johor di
00:23Batu Pahat malam tadi yang disaksikan lebih 5,000 jentera parti dan penduduk tempatan.
00:30Beliau berkata, semasa majlis itu, pengerusi PH yang juga Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa pilihan raya tersebut
00:37bukan kehendak beliau.
00:39Sebaliknya, tumpuan mestilah kekal terarah kepada usaha dan gerak kerja untuk rakyat.
00:45Fahmi yang juga Menteri Komunikasi berkata, Presiden Parti Amanah Negara Datuk Seri Mohd Sabu pula mengingatkan, semua pihak mengenai kepentingan
00:53keselarasan antara pentadbiran kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan.
00:59Dewan Undangan Negeri Johor dibubarkan pada 1 Jun lepas bagi memberi laluan kepada PRN.
01:05Sehubungan itu, Suruhanjaya Pilihan Raya akan mengadakan mesyuarat khas pada 12 Jun ini untuk membincangkan tarikh penting PRN Johor seperti
01:13tarikh REIT Pilihan Raya, Hari Penamaan Calon serta Hari Pengundian.
Comments

Recommended