00:00Pemuda Pakatan Harapan Wilayah Persekutuan memberi tumpuan kepada pengundi muda menjelang pilihan raya negeri PRN Johor yang dijangka menjadi kumpulan
00:08pengundi terbesar.
00:09Ketua Pemuda PH Wilayah Persekutuan, Mohd Faris Arifin berkata, strategi utama mereka tertumpu kepada tiga aspek iaitu mesej, media dan
00:18jentera bagi memastikan pengundi muda mendapat maklumat tepat.
00:25Menurut beliau, kempen media sosial akan diperkukuh bagi menangkis penyebaran maklumat salah yang boleh mengelirukan rakyat terhadap prestasi kerajaan.
00:34Kita akan ketengahkan calon-calon pimpinan muda yang berbibawa untuk kita ketengahkan, untuk kita rejuvenate sebagai calon yang berkaliber untuk
00:43PRN Johor pada akan datang.
00:45Dan mesej kami jelas, untuk jentera-jentera di Johor, kita fokus kepada 3M untuk bantu apa yang kerajaan di peringkat
00:57persekutuan dan apa pentingnya politikal stabiliti kepada rakyat itu sendirilah.
01:03Beliau berkata jentera anak muda juga akan digerakkan secara lebih agresif bagi membina sokongan terhadap politik yang stabil, matang dan
01:10berorientasikan penyelesaian.
01:12Katanya lagi, pendekatan digital dan komunikasi langsung dengan pengundi muda menjadi fokus utama kerana hampir separuh pengundi PRN Johor terdiri
01:21daripada golongan muda.
Comments