Skip to playerSkip to main content
Seramai lima pesalah syariah terdiri daripada tiga wanita dan dua lelaki menjalani hukuman keseluruhan 20 sebatan di Mahkamah Penjara Marang pada Ahad.

​Kesemua pesalah terbabit dihukum sebatan bagi kategori Rotan Ringan selepas masing-masing mengaku bersalah atas pertuduhan jenayah syariah yang dihadapi sebelum ini.

​Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/782789/berita/semasa/lima-pesalah-syariah-dihukum-20-sebatan-di-penjara-marang

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #PesalahSyariah #Sebat #penjaraMarang

Category

🗞
News
Transcript
00:00Seramai lima pesalah syariah terdiri daripada tiga wanita dan dua lelaki
00:04menjalani hukuman keseluruhan 20 sebatan di Mahkamah Penjara Marang pada ahad.
00:10Kesemua pesalah terbabit dihukum sebatan bagi kategori rotan ringan
00:14selepas masing-masing mengaku bersalah atas pertuduhan jenayah syariah yang dihadapi sebelum ini.
00:22Kesemua mereka tiba di Mahkamah Penjara Marang kira-kira jam 10.05 pagi
00:26sebelum pelaksanaan hukuman dilakukan jam 10.30 pagi dan selesai sepenuhnya sekitar jam 11 pagi.
00:35Sebelum menjalani hukuman, lima pesalah tersebut menjalani pemeriksaan kesihatan terlebih dahulu
00:40oleh pegawai perubatan dan pemeriksaan sama dijalankan sekali lagi selepas hukuman selesai dilaksanakan.
00:48Berdasarkan permahatian kesemua pesalah syariah yang kesemuanya berpakaian serba putih,
00:53kelihatan tenang ketika menjalani hukuman dan tiada berlaku sebarang tindakan luar jangka
00:59atau kekasaran sepanjang prosedur terbabit.
01:02Difahamkan proses berkenaan dikendalikan secara tertib mengikut prosedur yang ditetapkan
01:08oleh lima tukang sebat berbeza bagi setiap pesalah sebelum disahkan oleh pegawai sebat.
01:14Hukuman sebatan paling tinggi dilaksanakan ke atas seorang pesalah wanita berusia 20 tahun
01:21yang menerima sebanyak enam kali sebatan.
01:24Tertuduh yang merupakan seorang janda sebelum ini didakwa di bawah Seksyen 29
01:29Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah, Takzir, Terengganu 2001.
01:35Seksyen berkenaan memperuntukkan hukuman bagi kesalahan melakukan perbuatan sebagai persediaan
01:40untuk melakukan persetubuhan luar nikah.
01:43Sementara itu, dua lagi pesalah yang sebelum ini merupakan pasangan kekasih
01:48berusia 25 dan 23 tahun, masing-masing dikenakan hukuman empat kali sebatan.
01:54Bagi satu lagi pasangan berusia 26 dan 24 tahun,
01:58masing-masing menerima hukuman tiga kali sebatan.
02:01Kesemua pesalah yang terlibat dalam pelaksanaan hukuman sebat pada ahad
02:06dijadualkan dibebaskan pada tarikh yang sama.
02:11Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended