00:00Kelulusan projek pembangunan lembangan Sungai Golok oleh Thailand
00:04membuka ruang kepada kerjasama lebih erat antara Malaysia dan Thailand
00:07dalam menangani risiko banjir, keselamatan air serta pemulihan ekosistem
00:12di kawasan sempadan kedua-dua negara.
00:15Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara MKM, Datuk Raja Nur Shirwan Zainal Abidin berkata
00:20Malaysia turut mempunyai hasrat untuk melaksanakan pembangunan di kawasan itu
00:25namun perkara tersebut masih dalam perancangan.
00:30Katanya kerajaan akan terus berhubung dengan Thailand bagi memastikan
00:33sebarang perancangan pembangunan melibatkan lembangan Sungai Golok dapat diselaraskan
00:38memandangkan ia membabitkan kepentingan kedua-dua negara.
00:42Sebelum ini, Kabinet Thailand dilaporkan meluluskan projek alam sekitar bersama-sama Malaysia
00:46yang bertujuan mengurangkan risiko banjir, meningkatkan keselamatan air
00:51dan memulihkan ekosistem di lembangan Sungai Golok.
00:54Inisiatif itu menerima pembiayaan sebanyak RM4 juta atau RM15.9 juta
00:59daripada kemudahan alam sekitar global GEF dan akan dilaksanakan dalam tempoh 48 bulan
01:05dengan sokongan Pertubuhan Makanan dan Pertanian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu FAO.
01:11Projek terbabit dibangunkan secara bersama-sama oleh Pejabat Sumber Air Kebangsaan Thailand
01:15dan Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia.
01:18Raja Noshirwan berkata pembangunan lembangan Sungai Golok bukan sahaja penting dalam aspek
01:24pengurusan banjir dan alam sekitar, malah mempunyai implikasi terhadap kesejahteraan penduduk
01:29serta pembangunan kawasan sempadan kedua-dua negara.
01:32Projek itu juga merangkumi pembangunan pangkalan data bersama-sama,
01:36penilaian risiko banjir dan kemarau serta penyediaan pelantindakan strategik bersama
01:41bagi lembangan sungai itu.
Comments