00:00Kos peperangan yang berterusan di Asia Barat semakin memberi tekanan besar terhadap kerudukan kewangan Israel apabila perbelanjaan pertahanan negara itu
00:10meningkat secara mendadak sejak Oktober 2023.
00:13Menurut Governor Bank Israel, Amir Yaron, jumlah kos keseluruhan konflik serantau yang tercetus sejak serangan 7 Oktober 2023 dianggarkan mencecah
00:25405 bilion shekel bersamaan kira-kira 138 bilion dolar Amerika.
00:33Peningkatan perbelanjaan itu didorong siri operasi ketenteraan yang dilancarkan Kerajaan Pimpinan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.
00:41Operasi ketenteraan terhadap Iran yang berlangsung antara akhir Februari hingga awal April tahun ini sahaja dilaporkan menelan belanja tambahan sebanyak
00:4935 bilion shekel atau sekitar 12 bilion dolar.
00:55Menurut Kementerian Kewangan Israel, kos tersebut direkodkan sepanjang tempoh kempen ketenteraan sebelum pelaksanaan gencatan senjata yang berkuatkuasa 8 April lalu.
01:05Selepas kelulusan belanjawan 2026 pada penghujung Mac, Kerajaan Israel turut mengesahkan peruntukan kepada Kementerian Pertahanan kini meningkat lebih dua kali
01:16ganda berbanding sebelum tercetusnya konflik pada Oktober 2023.
01:21Ia sekaligus mencetuskan kebimbangan terhadap kemungkinan pengurangan peruntukan bagi sektor pendidikan dan kesihatan.
01:29Terima kasih kerana menonton!
Comments