Skip to playerSkip to main content
  • 4 hours ago
Menurut Perdana Menteri, ia bagi memastikan rakyat tidak terbeban akibat keadaan ekonomi semasa meskipun terpaksa menanggung belanja yang besar bagi kos subsidi bahan api yang diberikan.
Transcript
00:00Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak setuju dengan cadangan sesengah pihak berhubung langkah menaikkan harga minyak bagi mendepani krisis bekalan global
00:08akibat perang di Asia Barat.
00:10Menurut Perdana Menteri, ia bagi memastikan rakyat tidak terbeban akibat keadaan ekonomi semasa meskipun terpaksa menanggung belanja yang besar bagi
00:20kos subsidi bahan api yang diberikan.
00:32Saya tidak setuju. Naikkan harga minyak, saya membebankan rakyat.
00:43Walaupun kerajaan terpaksa tanggung, kalau kata 3 bilion tambahan 1 bulan, 10 bulan 30 bilion ringgit.
00:54Dari mana? Kalau kita hutang, saya boleh hutang sekarang.
01:02Lepas itu boleh saya tinggalkan kerajaan, anak-anak yang harus bayar.
01:07Sebab itu, jalan keluar saja bukan hutang muda. Jadi kita lakukan apa yang kita mampu.
01:16Anwar berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Program Himpunan Rakan Muda Madani di Padang Awam Taman Keladi, Sungai Petani
01:25pada Ahad.
01:26Dalam pada itu, beliau memaklumkan kerajaan juga mengamalkan langkah-langkah penjimatan serta menghentikan amalan-amalan yang menyebabkan ketirisan dana negara
01:35berlaku.
01:36Langkah itu menyebabkan kerajaan berupaya untuk menetapkan harga minyak terutamanya petrol RON95 pada harga RM1.99 seliter antara terendah di
01:47dunia.
Comments

Recommended