00:00Ribuan peminat bola sepak membanjuri jalan utama di Ibu Negara Meksiko pada Sabtu bagi melakukan aksi Mexican Wave.
00:08Tindakan itu sebagai sebahagian daripada acara pelancaran menjelang Piala Dunia FIFA 2026.
00:17Perhimpunan besar-besaran itu berlangsung di sepanjang laluan ikonik Paseo de la Reforma
00:22dan turut memperingati ulang tahun ke-40 fenomena sorakan stadium berkenaan
00:26yang mencetuskan perhatian global pada Piala Dunia 1986 di Meksiko.
00:31Para peserta yang memakai jesi hijau pasukan kebangsaan serta mengibarkan bendera Meksiko berbaris sejauh hampir 2km.
00:39Mereka mengangkat tangan secara berurutan bagi menghasilkan pergerakan ombak manusia yang beralun sepanjang laluan tersebut.
00:47Pihak penganjur mendakwa aksi itu berpotensi mencipta rekod baru dunia bagi kategori Mexican Wave terbesar
00:53namun pengesahan rasmi daripada Guinness World Records masih belum diperoleh.
00:58Selain itu, acara berkenaan turut menampilkan persembahan tarian tradisional
01:02serta peserta berpakaian kostum kebudayaan bertemakan perayaan Day of the Dead.
01:07Terima kasih telah menonton!
01:09Terima kasih telah menonton!
01:10Terima kasih telah menonton!
01:11Terima kasih telah menonton!
01:11Terima kasih kerana menonton!
Comments