00:05Konflik antara Amerika Syarikat dan Israel dengan Iran memasuki hari ke-100 sejak perang tercetus pada 28 Februari lalu
00:13dengan angka korban dan kesan kemanusiaan yang semakin meningkat.
00:17Konflik yang pada awalnya dijangka berakhir dengan cepat, kini menyaksikan kemusnahan meluas serta tekanan berterusan terhadap ekonomi global.
00:28Konflik sepanjang 100 hari itu menyaksikan angka korban melebihi 7,000 individu yang disahkan terkorban di pelbagai wilayah.
00:35Lubnan merekodkan 3,593 kematian manakala Iran mencatatkan 3,468 kematian.
00:43Selain itu, 29 korban dilaporkan di beberapa negara teluk.
00:47Seramai 26 warga Israel dan 13 anggota tentera Amerika Syarikat turut dilaporkan terbunuh.
00:52Konflik itu memberi kesan besar terhadap aspek kemanusiaan dan ekonomi.
00:57Lebih 1.2 juta orang kehilangan tempat tinggal sejak akhir Februari.
01:01Penutupan sebagian besar Selat Hormuz pula menjejaskan bekalan minyak global sekaligus menyumbang kepada peningkatan harga minyak dan kadar inflasi dunia.
01:10Pada 8 April 2026, genjatan senjata sementara dimeterai namun keadaan kekal rapuh dengan serangan balas yang berlaku secara berkala.
01:18Serangan terbaru tentera Amerika terhadap beberapa tapak radar pantai Iran pada Sabtu selepas menembak jatuh drone yang dilancarkan Tehran ke
01:27arah Selat Hormuz juga
01:28menandakan peningkatan ketegangan antara kedua-dua negara sekaligus merumitkan usaha untuk menamatkan konflik yang sedang berlangsung.
01:36Terima kasih telah menonton!
Comments