00:00Jumlah kes Ebola yang disahkan di Republik Demokratik Kongo dan Uganda meningkat kepada masing-masing 452 dan 19 kes.
00:08Menurut laporan epidemiologi harian dikeluarkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia WHO pada Sabtu, data menunjukkan angka kematian pula mencecah 82 kes di
00:17Kongo dan 2 kes di Uganda.
00:21WHO memaklumkan kedua-dua negara merekodkan 100 kes baru yang disahkan serta 20 kematian dalam tempoh 24 jam lalu menunjukkan
00:30penularan Ebola dalam komuniti masih berterusan.
00:33Pada Jumaat, Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Afrika, Afrika CDC bersama WHO melancarkan pelan kesiapsiagaan dan tindak balas wabak Ebola
00:43peringkat benua bagi menyelaras usaha membendung penularan wabak tersebut.
00:47Ketua Afrika CDC dan WHO berkata pelan baru itu akan berfungsi sebagai rangka kerja penyelarasan membantu negara-negara terjejas, memperkukuh
00:56tahap kesiapsiagaan serta melindungi keselamatan kesihatan di benua Afrika.
01:02Pelan itu menyasarkan kutipan dana sebanyak 518 juta dolar Amerika bagi membantu negara-negara Afrika membuat persediaan, mengesan dan bertindak
01:11balas terhadap wabak Ebola bagi tempoh Jun hingga November 2026.
01:18Terima kasih kerana menonton!
Comments