Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Serangan udara Israel di selatan Lubnan diteruskan walaupun gencatan senjata bersyarat diumumkan. Pertempuran berlarutan ketika Israel dan Hezbollah berbeza pendirian, mengakibatkan korban nyawa dan kemusnahan berpanjangan.
Transcript
00:00Walaupun kerajaan Lubnan dan Israel mengumumkan persetujuan terhadap genjatan senjata bersyarat, serangan udara Zionis di selatan Lubnan masih diteruskan.
00:09Ini berikutan perbezaan pendapat yang belum diselesaikan antara Israel dan Hezbollah.
00:17Agensi Berita Nasional Lubnan melaporkan pada Jumaat bahawa beberapa lokasi di selatan negara itu diserang menyebabkan sekurang-kurangnya 13 orang
00:24terbunuh dan 15 lagi cedera.
00:26Pada hari yang sama, Hezbollah memaklumkan bahawa pejuangnya menyerang beberapa sasaran tentera Israel di kawasan selatan serta terlibat dalam pertempuran
00:33secara langsung dengan tentera Israel.
00:36Sehari sebelum itu, Hezbollah terus mendakwa telah melancarkan dua gelombang serangan drone bersenjata yang menyasarkan kumpulan tentera dan kenderaan ketenteraan
00:43Israel di selatan Lubnan.
00:45Sementara itu, Pasukan Pertahanan Israel IDF mengumumkan bahawa mereka berjaya membunuh Abid Harb, ketua unik kejuruteraan Hezbollah dalam operasi ketenteraan
00:53di selatan Lubnan minggu lalu.
00:55Menurut IDF, Habb merupakan komander kanan Hezbollah yang bertanggungjawab terhadap beberapa serangan ke atas tentera Israel.
01:01Israel terus mendegaskan akan terus mengambil tindakan untuk menghapuskan sebarang ancaman keselamatan.
01:06Data Kementerian Kesehatan Lubnan menunjukkan bahawa sejak konflik Lubnan-Israel kembali memuncak pada 2 Mac lalu,
01:12serangan Israel telah mengorbankan 3,558 orang dan mencederakan 10,870 yang lain.
01:18Walaupun kedua pihak telah mengumumkan persetujuan terhadap gencata senjata bersyarat,
01:23proses pelaksanaannya masih tergendala kerana syarat yang dikemukakan oleh Hezbollah dan Israel tidak sehaluan.
Comments

Recommended