Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
PBB memberi amaran krisis sisa pepejal di Gaza kini mengancam kesihatan awam apabila tapak pelupusan sementara masih berhampiran penempatan penduduk, dengan usaha sanitasi terjejas akibat kelewatan bekalan dan kekangan akses keselamatan.
Transcript
00:00Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB memberi amaran bahawa krisis sisa pepejaral di Gaza kini menimbulkan ancaman segera kepada kesihatan awam
00:09apabila tapak pelupusan sementara masih terletak berhampiran kawasan penempatan penduduk yang dipindahkan.
00:14Menurut jurul cakap PBB, Stefan Dujarik, rakan-rakan sanitasi telah memindahkan kira-kira 100,000 meter padu sisa dalam tempoh
00:223 bulan lalu dari pasar firas di Gaza ke tapak pelupusan baru di Abu Jarad.
00:30Namun beliau memaklumkan tapak baru itu tidak dapat dibangunkan sepenuhnya atau digunakan secara efektif sehingga bahan geotekstil iaitu fabrik khas
00:39yang diperlukan untuk kerja pelupusan dibawa masuk ke Gaza.
01:21Bahan tersebut hanya diluluskan baru-baru ini dan kini berada dalam proses peralihan.
01:27Dujarik menambah bahawa petugas bantuan juga memerlukan akses yang selamat ke tapak pelupusan berhampiran kawasan Timur Gaza selain kelulusan untuk
01:35membawa masuk peralatan dan bekalan bagi membersihkan bahan letupan serta mengalihkan sisa dan runtuhan.
01:42Menurutnya kelewatan yang berlaku kini menjejaskan usaha untuk memperbaiki keadaan sanitasi di kawasan tersebut.
01:47Terima kasih.
Comments

Recommended