Skip to playerSkip to main content
  • 5 minutes ago
Marco Rubio dedah rundingan AS dengan Denmark dan Greenland bagi pertahanan bersama berada pada tahap baik.
Transcript
00:00Baik seterusnya, Amerika Syarikat memaklumkan rundingan dengan Denmark dan Greenland berkaitan penggunaan pulau itu untuk tujuan pertahanan bersama berada pada
00:10tahap yang positif.
00:12Setiausaha negara, Marco Rubio berkata, perbincangan yang melibatkan ketiga-tiga pihak itu berjalan dengan baik dan memberi harapan kepada kerjasama
00:21strategik yang lebih kukuh.
00:25Rubio berkata, rundingan tersebut dilihat sebagai komponen penting dalam usaha memperkukuh pertahanan kolektif di rantau artik.
00:33Perbincangan berlangsung secara berkala setiap bulan dan dijangka menghasilkan perkembangan positif dalam masa terdekat.
00:41Perbincangan itu berlangsung di tengah-tengah isu sensitif melibatkan cadangan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump sebut ini yang mahu Amerika
00:48Syarikat memiliki atau mengawal Greenland.
00:51Carangan tersebut pernah mencetuskan ketegangan antara Washington dan Copenhagen, di mana kedua-duanya adalah anggota pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara, NATO.
01:00Dalam sesi pendengaran sama, Rubio terus menyatakan bahawa memiliki wilayah secara langsung mungkin memudahkan aspek pertahanan berbanding sekadar perjanjian pendapatan
01:09tentera.
01:10Bagaimanapun, pendekatan itu kekal sebagai isu diplomatik yang sensitif dalam hubungan antara Amerika Syarikat, Denmark dan Greenland.
Comments

Recommended