Skip to playerSkip to main content
  • 4 hours ago
TVET kini menjadi antara agenda strategik negara dan bukan lagi sekadar sistem latihan kemahiran semata-mata.
Transcript
00:00Kementerian Sumber Manusia Kesuma akan memperkukuh ekosistem pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional TVET
00:06bagi memastikan negara mempunyai tenaga kerja berkemahiran tinggi yang mampu mendepani cabaran ekonomi global
00:13yang semakin dipacu kecerdasan buatan AI, automasi dan digitalisasi industri.
00:19Menterinya Dato' Sri A. Ramanan berkata TVET kini menjadi antara agenda strategik negara
00:24dan bukan lagi sekadar sistem latihan kemahiran semata-mata.
00:30Beliau berkata TVET Kesuma akan terus memperkukuh pembangunan bakat negara
00:34melalui latihan berpacukan industri yang disokong oleh Penglibatan Aktif Badan Peneraju Industri ILB
00:41dan Future Skills Talent Council FSTC.
00:44Ramanan berkata kadar keboleh pasaran graduan institusi latihan di bawah Kesuma
00:49mencapai 95.5% dalam tempoh 6 bulan selepas tamat latihan
00:54dengan 85.1% graduan bekerja dalam bidang berkaitan latihan yang diikuti.
01:01Beliau berkata bagi pengambilan UP TVET Perdana Julai 2026 sahaja
01:05lebih 20,000 tempat pengajian ditawarkan melibatkan 315 institusi TVET di seluruh negara
01:11sekaligus membuka peluang lebih luas kepada golongan muda mendapatkan latihan kemahiran berkualiti.
01:17Ramanan berkata Jabatan Tenaga Manusia JTM terus memainkan peranan penting
01:22dalam memperkukuh ekosistem TVET menerusi rangkaian 33 campus adtech
01:27termasuk Institut Teknikal Jepun Malaysia JMTI dan Proton Institute
01:32serta campus satelit di Senai dan Anjung Muazzam.
01:37Katanya latihan TVET kini meliputi 11 kluster utama termasuk pembuatan,
01:42elektronik, teknologi maklumat dan komunikasi ICT, kimpalan, otomasi, pengangkutan dan tenaga elektrik
01:49selain bidang teknologi baharu seperti semikonduktor, robotik, keselamatan saiber,
01:55aeroangkasa, tenaga boleh baharu dan teknologi hidrogen.
01:59Menurut beliau, kerjasama strategik dengan syarikat industri
02:02turut memperkukuh kualiti latihan melalui pembinaan teknologi, latihan industri
02:07dan peluang kerjaya graduan.
Comments

Recommended