Skip to playerSkip to main content
  • 4 hours ago
Empat individu cedera selepas seekor beruang hitam menceroboh kawasan industri dan perumahan di Fukushima. Rakaman CCTV menunjukkan haiwan itu mengejar serta menyerang seorang pekerja di pintu masuk kilang.
Transcript
00:00Empat cedera selepas seekor beruang hitam menceroboh kawasan perindustrian serta kediaman di Fukushima, Jepun pada selasa.
00:08Rakaman kamera lita tertutup CCTV, sebuah kilang keluli menunjukkan haiwan itu bertindak agresif dengan mengejar dan menyerang seorang pekerja di
00:18pintu masuk premis berkenaan.
00:21Beruang tersebut kemudian memasuki bangunan kilang dan mencederakan seorang lagi pekerja lelaki berusia lingkungan 60-an.
00:28Tidak lama kemudian, hewan itu bergerak ke sebuah lagi kilang berhampiran sebelum menyerang seorang pekerja lelaki lain juga dalam lingkungan
00:35usia 60-an.
00:37Dalam insiden berasingan, seorang wanita berusia 80-an yang berada di kawasan perumahan berhampiran turut diserang.
00:43Kejadian itu menjadikan jumlah mangsa yang cedera kepada empat orang.
00:47Setakat Rabu, beruang berkenaan dipercayai masih berada dalam kawasan kilang tersebut.
00:50Polis tempatan dilaporkan mengisytihar situasi kecemasan bagi membolehkan operasi menangkap atau menembak haiwan itu dijalankan demi keselamatan awam.
01:00Sebagai langkah berjaga-jaga, beberapa sekolah rendah dan menengah di kawasan perhampiran ditutup pada Rabu.
01:06Manakala operasi di kilang terlibat turut digantung sehingga keadaan disahkan selamat.
01:11Terima kasih.
Comments

Recommended