Skip to playerSkip to main content
  • 4 hours ago
Serangan Iran mengorbankan seorang warga India dan mencederakan 63 individu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuwait, sekali gus memaksa lapangan terbang itu ditutup sementara.
Transcript
00:00Intro
00:04Baik ini berita yang baru kami terima
00:06Serangan Iran mengorbankan seorang warga India
00:09dan mencederakan 63 individu di lapangan terbang antarabangsa Kuit
00:13sekaligus memaksa lapangan terbang itu ditutup sementara
00:17Serangan itu menguji gencatan senjata
00:19yang sebahagian besarnya masih dipatuhi
00:22meskipun berlaku beberapa serangan terpencil
00:25Gencatan senjata itu menamatkan lebih sebulan konflik
00:29yang tercetus susulan serangan Amerika Syarikat dan Israel ke atas Iran
00:33yang menyaksikan Tehran melancarkan peluru berpandu dan bron ke negara-negara teluk
00:37Iran menuduh Kuit dan Bahrain membenarkan Amerika menggunakan wilayah mereka
00:41untuk melancarkan serangan ke atas sebuah kapal tangki minyak
00:44dan sebuah pulau milik Iran
00:46Tehran memaklumkan bahawa ia menyasarkan ibu pejabat tentera laut Amerika di Bahrain
00:51serta pangkalan udara Ali Al-Salim di Kuit
00:55namun tidak menyebut mengenai lapangan terbang antarabangsa itu
00:59Kebanyakan mangsa mengalami kecederaan serius termasuk
01:02kecederaan kepala, pendarahan otak dan kecederaan akibat letupan
01:07Sumber lapangan terbang memberitahu AFP bahawa mangsa yang maut ialah seorang penumpang
01:13Kompleks lapangan terbang itu turut menempatkan kargo city
01:17yang digunakan oleh tentera Amerika sebagai pangkalan operasi
01:20pada jarak tertentu daripada terminal awam
01:23Agensi berita rasmi Kuit melaporkan pihak berkuasa penerbangan awam
01:27menggantung operasi penerbangan dan mengalihkan pesawat yang tiba
01:31ke lapangan terbang alternatif selepas terminal 1 diserang Iran
01:34sehingga mengakibatkan kematian dan kerosakan
01:38Operasi penerbangan bagaimanapun disambung semula sebahagiannya
01:41kemudian pada hari sama
01:43manakala semua penerbangan Kuit Airways kembali beroperasi
01:47Terima kasih telah menonton
Comments

Recommended