Skip to playerSkip to main content
  • 11 hours ago
'Lebih 8 jam perjalanan, redah curam, lintas sungai' - Orang Asli dedah laluan getir ke Gunung Batu Putih

Laluan ke puncak Gunung Batu Putih yang menjadi lokasi kehilangan pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, bukan sahaja mencabar, malah memerlukan tempoh perjalanan sehingga lapan jam bergantung kepada pengalaman seseorang, lapor wartawan Sinar Harian, Normawati Adnan.

Gambaran itu dikongsikan penduduk Orang Asli dari Kampung Ampang Woh yang mula memasuki kawasan hutan seawal jam 5 pagi hari ini (Rabu) bagi membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/782275/berita/semasa/lebih-8-jam-perjalanan-redah-curam-lintas-sungai---orang-asli-dedah-laluan-getir-ke-gunung-batu-putih

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #pencarianpendakihilang #JaslidaSaludin #orangAlibantucaripendakihilang
Transcript
00:00Ini laluan ini diutama sekali dari sini sehingga kampung Lubuk Petai.
00:09Lepas itu kita lalu sehingga kampung Kuala Telum.
00:13Lepas itu kita pergi ke Muncak.
00:16Walaupun jalan trek ini macam ini, tapi kita boleh ikut sini sampai sini.
00:22Kita boleh ikut sini sampai sini.
00:23Sampai ke Muncak.
00:26Tapi kalau macam orang pernah sampai, kalau jalan sini daripada pukul 7 pagi lah.
00:36Macam kita bergerak pukul 7 pagi, boleh kita sampai sana pukul 3 ke Muncak.
00:42Memanglah susah.
00:43Pasal jalan itu banyak lubang, banyak lata macam itu.
00:48Pukul yang besar-besar itu memanglah ada.
00:50Tapi kita jalan hati-hatilah kita macam itu.
Comments

Recommended