00:00Lebih 100 kematian direkodkan akibat cuaca panas di Spanyol setakat Mei 2026.
00:06Kementerian Kesihatan Spanyol memaklumkan angka itu meningkat 3.6 kali lebih tinggi
00:12berbanding purata kematian bulan Mei dalam tempoh 10 tahun lalu.
00:33Menurut sistem pemantauan kematian harian Spanyol, peningkatan tersebut dikaitkan dengan suhu panas luar biasa
00:39yang melanda beberapa bahagian Eropah pada bulan lalu.
00:42Sebelum ini, beberapa negara Eropah termasuk United Kingdom dan Perancis turut mencatatkan rekod suhu luar biasa bagi Mei.
00:49Para saintis turut memberi amaran musim panas yang semakin ekstrem kini menjadi lebih kerap susulan perubahan iklim.
Comments