00:00Ahli Dewan Undangan Negeri Adun Sekudai, Marina Ibrahim menepis dawaan dirinya takut untuk bertanding di kawasan majoriti Melayu atau mahu
00:09kekal di kawasan yang dianggap selesa sahaja.
00:12Menerusi satu hantaran di media sosial, Marina berkata beliau sebenarnya sudah lama terlibat dalam gerak kerja politik di kawasan majoriti
00:20Melayu sejak tahun 2021.
00:25Menurutnya, ketika itu beliau dihantar untuk menjalankan kerja lapangan dan membuka pusat komuniti di kawasan berkenaan yang dijangka menjadi lokasi
00:33untuk dirinya bertanding.
00:35Beliau menegaskan dirinya tidak pernah mempunyai masalah untuk bekerja di kawasan majoriti Melayu dan turut dibantu sukarelawan yang tidak mempunyai
00:43latar belakang politik.
00:45Marina juga turut menolak dawaan kononnya melalui pencalonan beliau di kawasan Melayu parti dapat berkembang
00:51sambil mengingatkan beliau pernah memainkan peranan sebagai pengurus kempen di kawasan Mersing pada pilihan raya umum 2022.
00:59Katanya calon diketengahkan ketika itu bertanding di kawasan yang mempunyai kira-kira 76% pengundi Melayu dan berjaya mengelakkan kehilangan
01:08deposit walaupun pertama kali bertanding.
01:10Selain itu, beliau berkata keputusannya untuk tidak mempertahankan kerusi sekudai tidak ada kaitan dengan rasa merajuk, kecewa atau keinginan untuk
01:17berada di kawasan yang lebih mudah dimenangi.
01:19Marina pada ahad umum keputusan itu tidak bertanding dalam mana-mana pilihan raya serta berundur daripada arena politik.
01:26Beliau bagaimanapun akan terus melaksanakan tugasan di kawasannya sehingga adun baru dilantik.
Comments