Skip to playerSkip to main content
  • 4 hours ago
Presiden Perancis dan Perdana Menteri Hungary berikrar memperkukuh hubungan dua hala susulan pertemuan di Paris, ketika Budapest berusaha memulihkan hubungan dengan negara EU selepas ketegangan pentadbiran terdahulu.
Transcript
00:00Sokongan terhadap Ukraine dalam menghadapi pencerobohan Rusia menjadi antara agenda utama pertemuan antara Presiden Perancis, Emmanuel Macron dan Perdana Menteri
00:09Hungary, Peter Magyar di Paris pada Rabu.
00:12Macron berkata perbincangan itu juga akan menyentuh usaha memperbaharui hubungan kedua-dua negara berasaskan perjanjian yang dimeterai pada 1991, susulan
00:23berakhirnya, pemerintahan komunis di Hungary.
00:27Selain isu Ukraine, kedua-dua pemimpin turut berikrah untuk memperkukuh hubungan dua hala antara Perancis dan Hungary menerusi kerjasama strategik
00:35yang lebih erat.
00:37Lawatan Magyar ke Paris merupakan sebahagian daripada siri kunjungan beliau ke beberapa ibu negara Eropah bagi memperkukuh hubungan Hungary dengan
00:44negara-negara kesatuan Eropah EU.
01:14Sementara itu Magyar menegaskan Hungary akan menjadi rakan yang konstruktif dalam EU serta komitet memperkukuh kedaulatan undang-undang dan hak
01:23asasi manusia.
01:23Beliau turut menyatakan hasrat untuk memeterai perjanjian strategik baru bersama Macron sebelum 23 Oktober depan, sempena ulang tahun ke-70
01:32kebangkitan rakyat Hungary menentang kesatuan Soviet pada 1956.
01:36Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended