Skip to playerSkip to main content
  • 4 hours ago
Ia bagi memperkasakan penyelesaian pertikaian rentas sempadan serta pembangunan ekosistem ADR serantau.
Transcript
00:00Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang BHEUU bersama Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia Malaysia IAC
00:07memperkukuh kerjasama strategik Malaysia dan Singapura dalam industri penyelesaian pertikaian alternatif atau ADR.
00:15BHEUU dalam kenyataannya memaklumkan ia bagi memperkasakan penyelesaian pertikaian rentas sempadan
00:22serta pembangunan ekosistem ADR serantau.
00:26BHEUU berkata kerjasama itu susulan siri perbincangan antara Menteri di Jabatan Perdana Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi
00:35Datuk Seri Azalina Ottoman Said dan Menteri Undang-Undang serta Menteri Kedua Hal Ehwal dalam negeri Singapura Edwin Tong
00:42sejak Forum Undang-Undang ASEAN 2025 dan Mesyuarat Menteri Undang-Undang Commonwealth 2026.
00:48Kedua-dua pihak turut bertukar pandangan mengenai ratifikasi Konvensyen Singapura
00:53dan usaha mempromosikan pengantaraan di peringkat antarabangsa.
00:58Sebagai langkah memperkukuh kerjasama institusi, kenyataan itu memaklumkan
01:02AIAC telah memetrai Memeranda Persefahaman MOU dengan Pusat Timbang Tara Antarabangsa Singapura SIAC
01:09dan Pusat Pengantaran Antarabangsa Singapura SIMC yang disaksikan oleh kedua-dua menteri.
01:15Selain itu, kedua-dua pihak bersetuju secara prinsip untuk meneroka
01:19pengajuran bersama Forum ADR di Kuala Lumpur dan Singapura
01:23sebagai platform kerjasama antara penggubal dasar, institusi ADR dan pemain industri serantau.
01:30Menurut kenyataan itu, kerajaan kekal komited memperkukuh ekosistem penyelesaian pertikaian negara
01:35melalui pendekatan ADR yang modern, efektif dan mesra pelabur
01:39serta usaha memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai hub ADR terkemuka di Asia.
01:45Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended