Skip to playerSkip to main content
Kebajikan jemaah haji terus menjadi keutamaan menerusi pelaksanaan kemudahan City Check-In (CCI) yang membolehkan mereka menguruskan daftar masuk bagasi lebih awal tanpa perlu membawa beg besar ke lapangan terbang, lapor wartawan Sinar Harian, Rosli Ahmad.

Timbalan Pengarah Operasi Pengendalian Jemaah Haji, Mohd Ridzuan Yusoff berkata, kemudahan itu merupakan hasil kerjasama strategik antara Lembaga Tabung Haji (TH) dan syarikat penerbangan bagi memastikan kelancaran pergerakan jemaah.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/782279/berita/nasional/cci-mudahkan-urusan-bagasi-jemaah-haji

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #CCI #jemaahhaji #jemaahhaji2026 #TH
Transcript
00:00Untuk hari ini, hari pertama kita akan memulakan operasi CCI. CCI, dia punya sikatan kepada city chain-in.
00:11Untuk proses CCI, kita akan minta jemaah haji untuk membawa beg bagasi dua hari ataupun 48 jam sebelum mereka berlepas
00:21ke airport.
00:24Ini adalah kemudahan yang disediakan kerjasama di antara tapu haji dengan syarikat penerbangan untuk memudahkan jemaah haji ketika mereka ingin
00:37menaik bas dan untuk melakukan check-in apabila tiba di airport nanti.
00:43Proses ini adalah untuk memudahkan jemaah haji tidak perlu membawa beg bagasi apabila macam saya cakap tadi untuk menaiki bas
00:54dan urusan check-in di airport.
00:59Seperti yang kita maklum, untuk operasi CCI ini, segala taklimat kita akan berikan kepada jemaah haji untuk memastikan jemaah haji
01:11mengikut arahan dan peraturan yang telah diletakkan oleh tapu haji dan juga syarikat penerbangan itu sendiri.
01:20jemaah haji hanya perlu membawa beg daripada bilik dan turun ke lobi ataupun di tingkat-tingkat yang kita jemput syarikat
01:30penerbangan sendiri untuk hadir untuk membantu jemaah haji melakukan proses awal untuk bagasi.
01:38ini adalah satu kemudahan di mana nanti jemaah haji hanya akan ambil beg itu apabila tiba di tanah air saja
01:47nanti.
01:48So, segala proses beg bagasi kita akan bantu jemaah haji awal dua hari di bangunan perhidupan jemaah haji.
Comments

Recommended