00:00Sementara itu Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengakui beliau pernah memanggil Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu sebagai gila dalam perbualan
00:09telefon berhubung konflik di Lubnan.
00:12Dalam temubual podcast yang disiarkan pada Rabu, Trump berkata beliau kecewa dengan tindakan berterusan Israel yang terlibat dalam konflik di
00:21Lubnan ketika Washington sedang berusaha merundingkan penamatan perang dengan Iran.
00:30Menurut laporan media, Trump dilaporkan mengkritik Netanyahu secara keras dalam perbualan tersebut termasuk menggesa supaya konflik dihentikan dengan segera.
00:39Namun disebalik itu, Trump menegaskan hubungan beliau dengan Netanyahu masih dalam keadaan baik.
00:44Dalam reaksi berasingan, Netanyahu enggan mengulas selanjut mengenai perbualan tersebut namun berkata hubungannya dengan Trump tidak berubah.
00:52Ketegangan berterusan di Asia Barat ketika Iran menegaskan sebarang perjanjian dengan Amerika Syarikat perlu meliputi konflik di Lubnan.
00:58Walaupun gencata sejata diumumkan sebelum ini, pertempuran masih berlarutan dengan serangan drone Israel dilaporkan mengorbankan sekurang-kurangnya enam individu di
01:08selatan Lubnan.
01:09Dalam masa sama, Israel maklumkan pihaknya berjaya memintas pesawat tanpa pemandu yang dipercayai dilancarkan oleh Hezbollah.
01:17Sementara itu, Trump turut menolak dawaan bahawa beliau diperdaya oleh Netanyahu untuk menyerang Iran sambil mempertahankan keputusannya untuk menarik diri
01:25daripada perjanjian nuklear 2015.
01:27Beliau berkata tindakan itu perlu bagi menghanak Iran daripada membangunkan senjata nuklear, walaupun pengkritik berpendapat, keputusan itu telah meningkatkan risiko
01:37konflik di rantau berkenaan.
Comments