Skip to playerSkip to main content
  • 12 hours ago
Parti Bersama Malaysia (BERSAMA) mengesahkan penyertaannya dalam Pilihan Raya Negeri Johor ke-16 sebagai langkah memperkenalkan parti kepada pengundi serta menguji keupayaan jentera pilihan rayanya menjelang pilihan raya akan datang.
Transcript
00:00Parti Bersama Malaysia bersama sah akan menyertai pilihan raya negeri PRN Johor ke-16.
00:06Menurut suatu kenyataan, parti itu menyifatkan penyertaan tersebut sebagai peluang untuk memperkenalkan diri kepada pengundi Johor
00:13di samping menguji keupayaan jentera pilihan rayanya.
00:18Bersama memaklumkan keputusan menyertai PRN Johor dimuktamadkan selepas siri perbincangan yang melibatkan pimpinan parti dan ahli terpilih dari seluruh negara.
00:28Menurut parti itu, PRN Johor 2026 memberikan ruang untuk memperkenalkan bersama kepada pengundi meskipun parti berkenaan baru dilancarkan semula pada
00:3817 Mei lalu.
00:39Bersama menjelaskan penyertaan dalam pilihan raya itu juga bertujuan membina jentera dalam tempoh singkat, menguji tahap kecekapan serta mengenalpasti kelemahan
00:48yang perlu diperbaiki sebagai persiapan menghadapi pilihan raya akan datang.
00:53Sebagai sebahagian daripada usaha tersebut, parti itu akan melancarkan siri jelajah dikenali sebagai jelajah kancil yang bermula di Johor pada
01:02Sabtu ini.
01:03Menurut kenyataan berkenaan, jelajah itu akan memberi tumbuhan kepada 12 agenda utama bersama dengan setiap negeri mengetengahkan satu agenda khusus.
01:12Isnin lalu Dewan Undangan Negeri Johor dibubarkan selepas mendapat perkenan pemangku Sultan Johor, Tunku Makota Ismail.
Comments

Recommended