Skip to playerSkip to main content
  • 19 hours ago
Perancis melarang pameran senjata serangan Israel di Eurosatory 2026, mengehadkan penyertaan kepada sistem pertahanan. Israel membatalkan penyertaan dan mengkritik keputusan itu, manakala penganjur mematuhi syarat ketat kerajaan.
Transcript
00:00Kerajaan Perancis mengharapkan pameran senjata serangan milik Israel daripada dipamerkan pada pameran pertahanan dan keselamatan antarabangsa Eurosatari 2026.
00:10Susulan sekatan tersebut, Kementerian Pertahanan Israel mengecam keras tindakan berkenaan dan menyifatkannya sebagai satu keputusan yang memalukan.
00:20Bagaimanapun, pihak penganjur Eurosatari memaklumkan bahawa sistem pertahanan Israel masih dibenarkan untuk mengambil bahagian namun ia tertakluk sepenuhnya kepada keputusan
00:29dan syarat ketat yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Perancis.
00:32Menerusi kenyataan rasmi, Kementerian Pertahanan Israel menedahkan bahawa Perancis telah melarang pegawai kerajaan Israel daripada menghadiri pameran senjata berprestij itu
00:42selain mengenakan sekatan terhadap syarikat-syarikat dari negara berkenaan yang ingin mempamerkan aset mereka.
00:48Lebih 2,600 pempamer dijaduakan mengambil bahagian dalam Eurosatari tahun ini, salah satu pameran senjata terbesar di dunia yang berlangsung
00:57dari 15 hingga 19 Jun di pusat pameran Paris Nord-Valpine di utara ibu negara Perancis.
01:03Sementara itu, pihak Kementerian menyatakan bahawa tindakan itu menyebabkan Israel tidak mempunyai pilihan selain terpaksa membatalkan penyertaan keseluruhan dan gagal
01:12untuk membuka pavilian kebangsaan mereka sendiri.
01:14Jurucakap Kementerian Pertahanan Israel menyelar tindakan itu dengan menifatkannya sebagai sebuah keputusan memalukan yang berbau perkiraan politik dan komersial.
01:24Malah jurucakap itu mendakwa pengharaman tersebut tidak mengejutkan kerana ia selari dengan corak tindakan Perancis sejak beberapa tahun kebelakangan ini
01:31berada di landasan sejarah yang salah.
Comments

Recommended