Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Ketua kumpulan jenayah terancang Geng Rames didakwa di Mahkamah Sesyen Alor Setar atas pertuduhan menganggotai kumpulan jenayah terbabit antara 2024 hingga tahun lalu.
Transcript
00:00Ketua Kumpulan Jenayah Terancang Geng Ramesh didakwa di Mahkamah Session Alustar atas pertuduhan menganggotai kumpulan jenayah terbabit antara 2024 hingga
00:09tahun lalu.
00:10Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan selepas pertuduhan ke atas Ramesh Govinda Rajen yang berusia 37 tahun dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim
00:20Sharmila Abdul Samad.
00:23Tertuduh didakwa menjadi ahli kumpulan jenayah terancang Geng Ramesh yang menjadi kesalahan di bawah Seksyen 130V-1 Kanun Kesiksaan.
00:33Jika sabit kesalahan tertuduh boleh dihukum penjara minima 5 tahun dan maksimum 20 tahun.
00:38Pada 25 Mei lalu, Polis Diraja Malaysia PDRM dalam kenyataan memaklumkan telah menahan lelaki yang juga Ketua Kumpulan Jenayah Terancang
00:48dikenali sebagai Geng Ramesh yang aktif di kawasan Sungai Divijen Sungai Pertani Kedah.
00:54Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Dato' M. Kumar berkata, suspek ditahan dalam OP3 pada 22 Mei lalu hasil kerjasama
01:02pihak berkuasa India dan Thailand.
01:03Menurutnya, suspek diberkas ketika dalam penerbangan dari Bangkok, Thailand menuju ke Hyderabad, India sebelum dibawa pulang ke Malaysia,
01:12berikutan memiliki waran tangkap yang dikeluarkan Mahkamah Magistri Sungai Pertani selain mempunyai notis merah Interpol.
01:19Pada 30 Disember tahun lalu, seramai 20 ahli Geng Ramesh yang aktif dalam sindiket jenayah terancang di Kedah dan Pulau
01:26Pinang turut didakwa di Mahkamah Session Sungai Pertani.
01:29Mengikut pertuduhan, semua mereka didakwa menjadi ahli kumpulan jenayah terancang Geng Ramesh di Alamat Kampung Sungai Divijen dalam daerah Kuala
01:38Muda Kedah antara Januari 2024 hingga 4 Disember 2025.
01:42Terima kasih kerana menonton!
01:45Terima kasih kerana menonton!
01:47Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended