00:02Kementerian Luar Negeri mengesahkan semua rakyat Malaysia yang berdaftar di Kuwait berada dalam keadaan selamat, susulan serangan drone dan peluru
00:10berpandu yang menyasarkan lapangan terbang antarabangsa Kuwait pada awal pagi 3 Jun lalu.
00:16Menurut Wisma Putra dalam satu kenyataan, setakat ini tiada laporan diterima mengenai mana-mana rakyat Malaysia yang terjejas akibat insiden
00:24tersebut.
00:27Wisma Putra memaklumkan bahawa pihaknya melalui kedutaan besar Malaysia di Kuwait sedang memantau rapat perkembangan semasa dan sentiasa berhubung dengan
00:36pihak berkuasa tempatan bagi mendapatkan maklumat terkini.
00:40Susulan serangan berkenaan lapangan terbang antarabangsa Kuwait telah ditutup sementara dan semua penerbangan komersial digantung sehingga satu tarikh yang akan
00:49dimaklumkan kemudian.
00:50Penerbangan yang sepatutnya tiba di Kuwait kini dilencongkan ke lapangan terbang antarabangsa King Fad di Damam, Arab Saudi.
00:58Sehubungan itu rakyat Malaysia yang terjejas akibat gangguan penerbangan dinasihatkan supaya menghubungi syarikat penerbangan masing-masing bagi mendapatkan maklumat lanjut
01:08mengenai penjadualan semula dan pengaturan perjalanan alternatif.
01:12Wisma Putra turut menggeser rakyat Malaysia yang menetap atau berada di rantau berkenaan supaya sentiasa berwaspada dan mematuhi segala arahan
01:21keselamatan, sekatan pergerakan serta langkah kecemasan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan.
01:28Selain itu, rakyat Malaysia yang masih belum mendaftarkan keberadaan mereka di luar negara disaran berbuat demikian segera menerusi portal e
01:36-Konsular Kementerian Luar Negeri bagi memudahkan urusan komunikasi dan bantuan sekiranya diperlukan.
01:43Wisma Putra turut memberi jaminan akan memantau situasi tersebut secara dekat dan menyalurkan perkembangan terkini dari semasa ke semasa.
01:51Terima kasih telah menonton!
Comments