Skip to playerSkip to main content
  • 4 hours ago
Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu menegaskan pendirian tegas terhadap salah laku susulan kes seorang guru didakwa di mahkamah atas pertuduhan amang seksual fizikal terhadap dua pelajar. JPNT memberi jaminan tindakan akan diambil mengikut undang-undang serta menekankan keselamatan dan kebajikan murid sebagai keutamaan.
Transcript
00:00Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu JPNT tegaskan pihaknya tidak akan berkompromi terhadap sebarang salah laku yang boleh menjejaskan integriti, profesionalism serta
00:12imej perkhidmatan pendidikan di negeri itu.
00:15Kenyataan JPNT merujuk kes melibatkan seorang guru lelaki dari Besut yang didakwa atas pertuduhan amang seksual fizikal terhadap dua pelajar
00:24lelaki.
00:27JPNT menegaskan bahawa pihaknya memandang serius kes berkenaan dan akan memastikan tindakan sewajar yang diambil selaras dengan undang-undang serta
00:37peraturan yang berkuat kuasa.
00:38Selain itu, Jabatan Pendidikan itu juga menyatakan kesediaan untuk memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa bagi memastikan proses perundangan dan
00:48tindakan tata tertib dilaksanakan dengan telus.
00:50Guru berusia 42 tahun itu dihadapkan ke mahkamah stesen setiu dan mengaku tidak bersalah terhadap tujuh pertuduhan.
01:00Lima daripada pertuduhan tersebut membabitkan pelajar berusia 17 tahun manakala dua lagi melibatkan pelajar berusia 15 tahun.
01:08Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM22,000 dengan seorang penjamin serta menetapkan beberapa syarat termasuk melapor diri di balai
01:18polis berhampiran setiap bulan.
01:20Dalam pada itu, JPNT mengingatkan agar semua pentadbir sekolah supaya sentiasa peka dan proaktif dalam mengesan sebarang petunjuk awal salah
01:29laku dalam kalangan warga sekolah.
01:31Langkah itu penting bagi memastikan keselamatan, kebajikan serta kesejahteraan murid sentiasa terpelihara.
01:38Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended