00:00Sekitar 95% kes kebakaran di kawasan berhampiran Pasar Jiyong, Jakarta dipercayai berpunca daripada litar pintas elektrik.
00:09Timbalan Gaberno Jakarta, Rano Karno berkata, insiden itu menyebabkan ratusan penduduk terjejas apabila api memusnahkan ratusan rumah di kawasan yang
00:18padat dengan penduduk.
00:22Kebakaran di kawasan berhampiran Pasar Jiyong bermula pada malam istinien dan merebak pantas di kawasan perumahan padat sehingga memaksa ratusan
00:29keluarga berpindah dalam keadaan cemas.
00:32Pihak berkuasa mengerahkan sebanyak 35 jentera bomba dan 175 anggota bagi mengawal api yang berjaya dipadamkan sepenuhnya selepas kira-kira
00:42tujuh jam operasi berterusan.
00:44Insiden itu melibatkan kira-kira 304 bangunan, 354 isi rumah serta 679 penduduk termasuk kanak-kanak dan warga emas yang
00:53kini ditempatkan di pusat pemindahan sementara.
00:57Beliau berkata pihak pentadbiran bandar telah membuka pusat tindak balas kecemasan yang menyediakan tempat perlindungan, dapur awam serta bantuan kepada
01:05mangsa terjejas.
01:06Dalam pada itu katanya, siasatan terperinci masih dijalankan oleh pihak berkuasa bagi mengesahkan punca insiden itu.
Comments