00:00Menteri Pengangkutan Anthony Lok menggesa polis menyegerakan siasatan terhadap kemalangan tragedi yang meragut lima nyawa.
00:06Dipercaya berpunca daripada pemanduan melulu dan berbahaya di Jalan Renggam Simpang Renggam Keluang pada Isnin.
00:14Beliau menegaskan tindakan pendawaan yang setimpal perlu diambil terhadap pemandu yang menyebabkan kemalangan itu.
00:22Menurut Anthony, tragedi itu tidak sepatutnya berlaku dan menyifatkan tindakan pemanduan sedemikian sebagai tidak bertanggungjawab
00:28serta sama sekali tidak boleh diterima.
00:31Beliau turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban dalam nahas berkenaan.
00:38Anthony menegaskan keselamatan Jalan Raya adalah tanggungjawab bersama semua pengguna Jalan Raya dan tidak boleh dipandang ringan.
00:45Menurutnya, lesen memandu bukan kebenaran untuk memandu sesuka hati sehingga menyebabkan malah petaka kepada orang lain.
00:52Suspek berusia 19 tahun dipercayai memandu Mercedes-Benz A250 secara laju dan melulu bersama sebuah BMW 530i
01:02yang dipandu abangnya berusia 22 tahun sebelum kenderaan berkenaan hilang kawalan
01:07memasuki laluan bertentangan dan merempuh empat kenderaan lain dalam kemalangan pada jam 1.15 tengah hari.
01:14Kemalangan itu mengorbankan lima nyawa termasuk empat sekeluarga yang menaiki Toyota Vios manakala beberapa mangsa lain cedera.
Comments