Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Yang di-Pertua Negeri Sarawak diberi penghormatan solat Isyak di saf pertama Raudhah Masjid Nabawi, bersama rombongan rasmi. Beliau menzahirkan kesyukuran serta mendoakan kesejahteraan Sarawak dan Malaysia.
Transcript
00:02Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Wan Junaidi, Tuanku Ja'far, diberi penghormatan istimewa untuk menunaikan solat isyak berjemaah di
00:11saf pertama Raudah, Masjid Nabawi pada Isnin Malam.
00:14Perkara itu dikongsi Wan Junaidi menerusi laman Facebooknya.
00:18Dalam hantaranya, Wan Junaidi berkata peluang menunaikan solat di Raudah yang terletak di antara mimbar dan makam Rasulullah serta dikenali
00:28sebagai salah satu taman daripada taman-taman syurga merupakan satu penghormatan yang amat bermakna dan jarang diperoleh oleh para jemaah.
00:37Hadir sama Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah selaku Menteri Pengiring bersama rombongan jemaah lelaki.
00:43Solat isyak tersebut diimamkan Syekh Dr. Abdullah Al-Qurafi, manakala lawangan azan dan ikamah disempurnakan oleh Syekh Suud Buhari.
00:53Wan Junaidi menzahirkan rasa syukur atas kesempatan itu dan menoakan agar Sarawak serta seluruh rakyat Malaysia sentiasa dikuniakan keamanan, kesejahteraan
01:03dan keberkatan.
Comments

Recommended